Izelan Basar

Izelan Basar merupakan seorang eksekutif Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Kandungan Agama Astro dan Pengurus Saluran Astro Oasis serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.[1]Izelan memulakan kerjaya awalnya dengan berkhidmat di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant Bank dan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau pernah berkhidmat sebagai penyampai berita ntv7.[1] Di Astro, beliau bertanggungjawab mewujudkan saluran gaya hidup muslim 24/7 Astro Oasis dan juga terlibat pada peringkat awal penubuhan TV AlHijrah.[1] Beliau turut mempunyai pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran dan merupakan perintis kepada program berunsur keagamaan dan ilmiah antaranya Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim dan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias.[1]Beliau dilantik sebagai CEO TV AlHijrah pada 1 April 2016 menggantikan Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang tamat perkhidmatan pada 31 Mac.[1] Izelan melepaskan jawatannya pada 3 Julai 2018 dan digantikan oleh Saidi Yaacob.[2]Beliau ialah bapa kepada Izza Izelan yang merupakan penyampai berita Astro Awani.[3]